Skip to main content
Tangkak: Tujuh buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah terpilih Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 Pilihan Parlimen Ledang dalam negeri Johor.  Suatu majlis penyampaian sijil watikah tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak, Haji Mahmud Bin Sarlan di Dewan Dato' Abdul Ghani Othman, SMK. Ledang, di Bandar Tangkak pada Ahad, 1 Oktober lalu sempena Majlis Perhimpunan Perdana Pendidikan Tangkak.

Sekolah-sekolah yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sialang, SK. Payamas, dan SK. Seri Maamor di Mukim Tangkak, SK. Simpang Lima Darat dan SK. Parit Kassan (Mukim Gerisek), dan SK. Serom (Mukim Serom) serta Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran (Mukim Kundang).

Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengeluarkan sijil watikah pelantikan buat sekolah-sekolah terbabit. 

Difahamkan bahawa majlis pengumuman pemilihan nama-nama sekolah terbabit telah dibuat di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru pada 10 Ogos lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi

TANGKAK: Dua orang guru dan dua orang anggota kumpulan pelaksana telah diraikan dalam suatu majlis perpisahan yang dinamakan Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi di Dewan Makan, Asrama Putera, Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini.   Majlis anjuran Kelab Staf SMALQ tersebut meraikan Penolong Kanan Pentadbiran Hajah Juraidah binti Haji Sulaiman; guru penolong Dini Ustaz Mohd Amirushah bin Mohd Mokhtar; dan angota kumpulan pelaksana Encik Nadiron bin Amat serta Encik Zakaria bin Mohd Noh yang tamat perkhidmatan masing-masing. Hajah Juraidah lahir pada 4 Mei 1955, mula berkhidmat di SMALQ sejak 1 Januari 1980 mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2016 berikutan soal kesihatan.  Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berkhidmat di bawah empat orang guru besar dan pengetua iaitu Allahyarham Ustaz Mokhtar Ropi bin Mohd Laham @ Moh d Lahum, Ustaz Haji Ali bin Abu, Allahyarham Ustaz Sulehan bin Kusni dan Us...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 / 1437 Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran

TANGKAK: Seramai 17 orang guru dan 32 orang pelajar diberi pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 / 1437 Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Mukim Kundang Teluk Rimba, Daerah Tangkak.  Majlis yang sangat bersar ertinya buat mereka itu telah diadakan di Dewan Sayyid Edrus al-Habshee pada Sabtu, 8 April 2017 lalu. Mereka menerima sijil penghargaan dan wang saguhati yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Doktor Insinyur Haji Hamim Samuri merangkap Ahli Parlimen Ledang.  Lebih istimewa lagi, YB Datuk Dr. Ir. Haji Hamim adalah Timbalan Pengerusi, Jemaah Pengurusan Sekolah SMALQ, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SMALQ. Turut hadir sama meraikan mereka adalah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Kapten (Bersara) Abdul Jalil M. Amdan; Pengetua SMALQ Hai Hidhir Ismail dan pesara guru yang juga bekas Ahli Dewan Negara dari Kampung Kesang Tasek, Sungai Mat...