TANGKAK: Dua orang guru dan dua orang anggota kumpulan pelaksana telah diraikan dalam suatu majlis perpisahan yang dinamakan Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi di Dewan Makan, Asrama Putera, Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini.
Majlis anjuran Kelab Staf SMALQ tersebut meraikan Penolong Kanan Pentadbiran Hajah Juraidah binti Haji Sulaiman; guru penolong Dini Ustaz Mohd Amirushah bin Mohd Mokhtar; dan angota kumpulan pelaksana Encik Nadiron bin Amat serta Encik Zakaria bin Mohd Noh yang tamat perkhidmatan masing-masing.
Hajah Juraidah lahir pada 4 Mei 1955, mula berkhidmat di SMALQ sejak 1 Januari 1980 mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2016 berikutan soal kesihatan. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berkhidmat di bawah empat orang guru besar dan pengetua iaitu Allahyarham Ustaz Mokhtar Ropi bin Mohd Laham @ Mohd Lahum, Ustaz Haji Ali bin Abu, Allahyarham Ustaz Sulehan bin Kusni dan Ustaz Haji Hidhir bin Ismail. Sebelum itu, Hajah Juraidah pernah berkhidmat di Sekolah Rendah Agama (Arab) Sa'adiah, Jalan Bakri - Jalan Hashim, Muar sejak tahun 1974. Tempoh perkhidmatan yang direkodkan adalah selama 42 tahun.
Ustaz Mohd Amirushah pula berkhidmat di SMALQ sejak 10 Ogos 2012 hingga 31 Disember 2016. Beliau yang dilahirkan pada 20 Mac 1987, mula berkidmat di SMALQ sejak tamat belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Ustaz Mohd Amirushah adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ). Menurut Ustaz Mohd Amirushah yang berasal dari Kampung Parit Jerman, daerah Pontian, beliau mendapat galakan belajar sehingga ke Timur Tengah daripada Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Kadir bin Talep, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga anak seorang nelayan yang hidup susah yang juga berasal dari daerah Pontian.
Anggota kumpulan pelaksana, Encik Nadiron yang lahir pada 15 Disember 1956 mula berkhidmat di SMALQ sebagai pekerja am pada 1 April 2004. Bekas tentera yang tinggal di Kampung Tasek, daerah kecil Sungai Rambai, Melaka adalah pekerja am terawal diambil bertugas di SMALQ yang dahulunya dipanggil tukang kebun. Suatu catatan penting yang tidak dapat dilupakan adalah Encik Nadiron sangat rajin bekerja dan mendapat pujian daripada ramai pengetua termasuk Allahyarham Ustaz Sulehan dan guru-guru. Beliau tidak berkira fasal tenaganya dan ramai yang sangat menghargai pengorbanannya.
Seorang lagi anggota kumpulan pelaksana yang tamat tempoh perkhidmatan adalah Encik Zakaria yang lahir pada 2 Jun 1950 dan mula berkhidmat di SMALQ sejak 10 Januari 2010 yang lalu. Sebelum berkhidmat sebagai pekerja am, Encik Zakaria pernah menjadi jaga di sini selain juga berpengalaman menjadi pekerja am di beberapa buah sekolah di daerah Muar.
Suatu kelainan majlis perpisahan ini adalah mereka diarak menaiki kereta pacuan empat roda dengan diringi oleh guru-guru dan murid-murid sebelum bertolak balik.

Comments
Post a Comment