TANGKAK: Dua orang guru dan dua orang anggota kumpulan pelaksana telah diraikan dalam suatu majlis perpisahan yang dinamakan Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi di Dewan Makan, Asrama Putera, Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini. Majlis anjuran Kelab Staf SMALQ tersebut meraikan Penolong Kanan Pentadbiran Hajah Juraidah binti Haji Sulaiman; guru penolong Dini Ustaz Mohd Amirushah bin Mohd Mokhtar; dan angota kumpulan pelaksana Encik Nadiron bin Amat serta Encik Zakaria bin Mohd Noh yang tamat perkhidmatan masing-masing. Hajah Juraidah lahir pada 4 Mei 1955, mula berkhidmat di SMALQ sejak 1 Januari 1980 mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2016 berikutan soal kesihatan. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berkhidmat di bawah empat orang guru besar dan pengetua iaitu Allahyarham Ustaz Mokhtar Ropi bin Mohd Laham @ Moh d Lahum, Ustaz Haji Ali bin Abu, Allahyarham Ustaz Sulehan bin Kusni dan Us...