Tangkak: Tujuh buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah terpilih Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 Pilihan Parlimen Ledang dalam negeri Johor. Suatu majlis penyampaian sijil watikah tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak, Haji Mahmud Bin Sarlan di Dewan Dato' Abdul Ghani Othman, SMK. Ledang, di Bandar Tangkak pada Ahad, 1 Oktober lalu sempena Majlis Perhimpunan Perdana Pendidikan Tangkak. Sekolah-sekolah yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sialang, SK. Payamas, dan SK. Seri Maamor di Mukim Tangkak, SK. Simpang Lima Darat dan SK. Parit Kassan (Mukim Gerisek), dan SK. Serom (Mukim Serom) serta Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran (Mukim Kundang). Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengeluarkan sijil watikah pelantikan buat sekolah-sekolah terbabit. Difahamkan bahawa majlis pengumuman pemilihan nama-nama sekolah terbabit telah dibuat di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Larkin, Johor Ba...
TANGKAK: Seramai 17 orang guru dan 32 orang pelajar diberi pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 / 1437 Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Mukim Kundang Teluk Rimba, Daerah Tangkak. Majlis yang sangat bersar ertinya buat mereka itu telah diadakan di Dewan Sayyid Edrus al-Habshee pada Sabtu, 8 April 2017 lalu. Mereka menerima sijil penghargaan dan wang saguhati yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Doktor Insinyur Haji Hamim Samuri merangkap Ahli Parlimen Ledang. Lebih istimewa lagi, YB Datuk Dr. Ir. Haji Hamim adalah Timbalan Pengerusi, Jemaah Pengurusan Sekolah SMALQ, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SMALQ. Turut hadir sama meraikan mereka adalah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Kapten (Bersara) Abdul Jalil M. Amdan; Pengetua SMALQ Hai Hidhir Ismail dan pesara guru yang juga bekas Ahli Dewan Negara dari Kampung Kesang Tasek, Sungai Mat...