Skip to main content

Ihtifal Riadhi SMA Negeri Johor Kali Ke-18 2017


TANGKAK: Lebih 1900 orang pegawai, guru pengiring dan peserta membabitkan 11 acara di 5 buah tempat terlibat dalam Ihtifal Riadhi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Johor Kali Ke-18 di daerah ini pada 16-18 Mac 2017 (Khamis - Sabtu).

Pertandingan sukan dalam kalangan murid-murid sekolah menengah agama seluruh negeri Johor tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak dengan dikelolakan khasnya di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kesang Tasek, Sungai Mati di sini dengan kerjasama SMA. Shamsuddiniah, SMA. Darul Ulum dan SMA. Lughatil Arabiah.

Menurut jurucakap penganjur, pertandingan membabitkan acara bola sepak, badminton B15 dan B18 lelaki dan perempuan, bola tampar bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, bola jaring B15 dan B18 perempuan sahaja, sepak takraw B15 dan B18 lelaki sahaja, ping pong B15 dan B18 lelaki dan perempuan.


Pertandingan bola tampar P B18, bola jaring B15 dan B18, sepak takraw B15 dan B18, ping pong lelaki dan perempuan B15 dan B18 diadakan di SMA. Lughatul Quran; manakala acara bola tampar lelaki B18 diadakan di Kompleks Sukan Kementerian Belia dan Sukan Pulau Penarik, Sungai Mati; badminton lelaki dan perempuan B15 dan B18 di Dewan Badminton Maxx, Serom 1, Sungai Mati dan bola sepak B15 dan B18 masing-masing di Padang A SMK. Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati dan Padang B, SK. Serom 3, Sungai Mati.

Penganjur memberitahu bahawa pendaftaran peserta, guru pengiring dan pegawai pertandingan diadakan di dewan makan Aspuri, SMA. Lughatul Quran.  Penginapan guru pengiring lelaki dan dan peserta lelaki ditempatkan di Aspura, manakala guru pengiring perempuan dan peserta perempuan di Aspuri.  Baki peserta lelaki ditempatkan di Sekolah Agama (SA.) Kesang Tasek dan SA. Sungai Edros, Sungai Mati.

Sekolah-Sekolah yang terlibat adalah SMA. Lughatul Quran sendiri, SMA. Darul Ulum, Serom Empat, SMA. Lughatil Arabiah, Tangkak dan SMA. Shamsuddiniah, Kundang Ulu dari daerah Tangkak; SMA. al-Khairiah (Segamat); SMA. at-Tanwiriah, Parit Jawa dan SMA. ad-Diniah (Muar); SMA. Tarbiah Islamiah, SMA. Parit Sulong, SMA. Parit Raja dan SMA. Jawahir al-Ulum (Batu Pahat).

 SMA. Arabiah dan SMA. Kerajaan Johor (Kluang); SMA. Bandar Tenggara (Kulai); SMA. Kota Tinggi (Kota Tinggi); SMA. al-Khairiah al-Islamiah (Mersing) dan SMA. Bugisiah dan SMA. Ma'ahad Pontian (Pontian) serta SMA. Tinggi Ma'ahad Johor (Johor Bahru).

Penganjur memilih al-aqlus salim fi jismis salim iaitu akal yang sejahtera datangnya dari jasmani yang sejahtera sebagai tema pertandingan tahunan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi

TANGKAK: Dua orang guru dan dua orang anggota kumpulan pelaksana telah diraikan dalam suatu majlis perpisahan yang dinamakan Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi di Dewan Makan, Asrama Putera, Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini.   Majlis anjuran Kelab Staf SMALQ tersebut meraikan Penolong Kanan Pentadbiran Hajah Juraidah binti Haji Sulaiman; guru penolong Dini Ustaz Mohd Amirushah bin Mohd Mokhtar; dan angota kumpulan pelaksana Encik Nadiron bin Amat serta Encik Zakaria bin Mohd Noh yang tamat perkhidmatan masing-masing. Hajah Juraidah lahir pada 4 Mei 1955, mula berkhidmat di SMALQ sejak 1 Januari 1980 mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2016 berikutan soal kesihatan.  Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berkhidmat di bawah empat orang guru besar dan pengetua iaitu Allahyarham Ustaz Mokhtar Ropi bin Mohd Laham @ Moh d Lahum, Ustaz Haji Ali bin Abu, Allahyarham Ustaz Sulehan bin Kusni dan Us...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 / 1437 Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran

TANGKAK: Seramai 17 orang guru dan 32 orang pelajar diberi pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 / 1437 Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Mukim Kundang Teluk Rimba, Daerah Tangkak.  Majlis yang sangat bersar ertinya buat mereka itu telah diadakan di Dewan Sayyid Edrus al-Habshee pada Sabtu, 8 April 2017 lalu. Mereka menerima sijil penghargaan dan wang saguhati yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Doktor Insinyur Haji Hamim Samuri merangkap Ahli Parlimen Ledang.  Lebih istimewa lagi, YB Datuk Dr. Ir. Haji Hamim adalah Timbalan Pengerusi, Jemaah Pengurusan Sekolah SMALQ, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SMALQ. Turut hadir sama meraikan mereka adalah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Kapten (Bersara) Abdul Jalil M. Amdan; Pengetua SMALQ Hai Hidhir Ismail dan pesara guru yang juga bekas Ahli Dewan Negara dari Kampung Kesang Tasek, Sungai Mat...