Skip to main content

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 / 1437 Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran

TANGKAK: Seramai 17 orang guru dan 32 orang pelajar diberi pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 / 1437 Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Mukim Kundang Teluk Rimba, Daerah Tangkak.  Majlis yang sangat bersar ertinya buat mereka itu telah diadakan di Dewan Sayyid Edrus al-Habshee pada Sabtu, 8 April 2017 lalu.

Mereka menerima sijil penghargaan dan wang saguhati yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Doktor Insinyur Haji Hamim Samuri merangkap Ahli Parlimen Ledang.  Lebih istimewa lagi, YB Datuk Dr. Ir. Haji Hamim adalah Timbalan Pengerusi, Jemaah Pengurusan Sekolah SMALQ, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SMALQ.

Turut hadir sama meraikan mereka adalah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Kapten (Bersara) Abdul Jalil M. Amdan; Pengetua SMALQ Hai Hidhir Ismail dan pesara guru yang juga bekas Ahli Dewan Negara dari Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Haji Ahamad Yusop.  

Difahamkan bahawa anugerah tersebut dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG yang mahukan guru-guru diberikan penghargaan dan pengiktirafan berikutan kejayaan anak-anak murid mereka.

Guru-guru yang menerima pengiktirafan berikutan peningkatan gred purata mata pelajaran (GPMP) kurang daripada 0.5 terdiri daripada dua orang guru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) iaitu Encik Mohamed Mohamed Donia 1.01 peningkatan (Hadith dan Mustolah al-Hadith) dan Puan Aidah Jamian 0.53 peningkatan (Arudh dan Qafiah).  

Enam orang guru mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima anugerah iaitu Puan Salha Sagimin peningkatan 0.64 (Bahasa Inggeris), Sejarah 0.78 (Puan Raha Abd Rahman), Sains 0.81 (Encik Abdul Rasid Abdul Rahman), Bahasa Arab 1.02 (Encik Mohd Nazri Wakimen), Prinsip Akaun 1.19 (Encik Mohd Anuar Selamat) dan Pendidikan al-Quran Dan as-Sunnah 1.36 (Puan Arbaiyah Hassan).

Seorang guru mata pelajaran Nahu dan Sorof peringkat Sijil Menengah Agama (SMA) tingkatan empat, Puan Norlaili Masran diberi pengiktirafan berikutan peningkatan 0.63.  Manakala, tiga orang guru lagi layak menerima pengiktirafan berikutan peningkatan pencapaian mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).  Mereka adalah Nurnadiah Amir bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris lisan (0.99) dan bertulis (1.83) serta Nor Ashikin Alias (Matematik, 0.50).

 Seramai lima orang guru mata pelajaran layak diberi sijil penghargaan dan wang saguhati berikutan peningkatan pencapaian mata pelajaran masing-masing di peringkatan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) iaitu Encik Muhammad Salahuddin Ibrahim [Usuluddin 3 (Syafawi, 0.54)]; Encik Abd Rahim Mohd Yusoff [al-Lughah al-Arabiah al-Mu'asirah 3 (syafawi, 0.54)].  Bakinya Encik Hanif Ismail menerima penghargaan bagi tiga mata pelajaran iaitu [Syariah 1 (al-Quran, 1.65), Syariah 2 (Fiqh Ibadat, 0.91) dan Syariah 3 (Hafazan al-Quran, 1,76)].

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi

TANGKAK: Dua orang guru dan dua orang anggota kumpulan pelaksana telah diraikan dalam suatu majlis perpisahan yang dinamakan Majlis Persaraan Dan Sanjungan Budi di Dewan Makan, Asrama Putera, Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini.   Majlis anjuran Kelab Staf SMALQ tersebut meraikan Penolong Kanan Pentadbiran Hajah Juraidah binti Haji Sulaiman; guru penolong Dini Ustaz Mohd Amirushah bin Mohd Mokhtar; dan angota kumpulan pelaksana Encik Nadiron bin Amat serta Encik Zakaria bin Mohd Noh yang tamat perkhidmatan masing-masing. Hajah Juraidah lahir pada 4 Mei 1955, mula berkhidmat di SMALQ sejak 1 Januari 1980 mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2016 berikutan soal kesihatan.  Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berkhidmat di bawah empat orang guru besar dan pengetua iaitu Allahyarham Ustaz Mokhtar Ropi bin Mohd Laham @ Moh d Lahum, Ustaz Haji Ali bin Abu, Allahyarham Ustaz Sulehan bin Kusni dan Us...