Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017
Tangkak: Tujuh buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah terpilih Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 Pilihan Parlimen Ledang dalam negeri Johor.  Suatu majlis penyampaian sijil watikah tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak, Haji Mahmud Bin Sarlan di Dewan Dato' Abdul Ghani Othman, SMK. Ledang, di Bandar Tangkak pada Ahad, 1 Oktober lalu sempena Majlis Perhimpunan Perdana Pendidikan Tangkak. Sekolah-sekolah yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sialang, SK. Payamas, dan SK. Seri Maamor di Mukim Tangkak, SK. Simpang Lima Darat dan SK. Parit Kassan (Mukim Gerisek), dan SK. Serom (Mukim Serom) serta Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran (Mukim Kundang). Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengeluarkan sijil watikah pelantikan buat sekolah-sekolah terbabit.  Difahamkan bahawa majlis pengumuman pemilihan nama-nama sekolah terbabit telah dibuat di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Larkin, Johor Ba...